Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang Sdr Johari Abdul Wahid bersama AJK Ust Sahruddin Mohamad dan Sdr Razak Zain membuat lawatan ke Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain anak-anak Rohingya di Kg Permatang Badak Kuantan.

Seramai 25 orang pelajar yang berumur antara 6 hingga 11 tahun terpaksa belajar menumpang ruang tamu rumah sewa salah seorang keluarga Rohingya. Kelas pengajian diadakan pada hari Isnin hingga Sabtu Jam 8.30 pagi – 5.00 petang dan seorang ustaz yang di tugaskan sebagai tenaga pengajar.

Pihak mereka menghubungi kami bagi memohon bantuan untuk mendirikan kelas pengajian yang bersambung dengan rumah sewa tersebut selepas mendapat keizinan dari tuan rumah.

InsyaAllah pihak AMAL Pahang akan berusaha mendapatkan dana bagi projek kelas pengajian anak-anak Rohingya ini yang akan di mulakan bulan November 2020. Angaran kos asas sekitar RM 10,000.00.

Sumbangan boleh di salurkan ke Akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia(AMAL) 5560 1100 9756