Home Kenyataan Media Presiden PAS

Seruan Ketenteraman Untuk Indonesia

2213
SHARE

Kenyataan Media Presiden PAS

SERUAN KETENTERAMAN UNTUK INDONESIA


1. PAS melahirkan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di Indonesia berikutan pengumuman keputusan Pemilihan Umum 2019 (PEMILU) yang menimbulkan ketegangan dan kekecohan sejak beberapa hari.

2. PAS menyeru agar semua pihak khususnya pendukung parti politik, pertubuhan Islam dan gerakan NGO di Indonesia termasuklah pasukan keselamatan untuk menghormati ruang demokrasi dan proses undang-undang supaya ketenteraman awam dapat dipulihkan dengan segera.

3. PAS turut menyarankan agar segala dakwaan penipuan sepanjang berlangsungnya PEMILU 2019 dapat disiasat dengan segera dan dibawa ke muka pengadilan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketelusan sistem demokrasi dan proses pilihan raya di Indonesia.

4. Terlebih penting adalah sikap waspada semua pihak daripada terperangkap dengan provokasi musuh yang cuba mengambil kesempatan, seterusnya mengambil segala langkah untuk menghentikan pembulian dan fitnah yang sering dilemparkan kepada pihak yang memperjuangkan Islam.

5. Marilah kita berdoa agar kemelut ini dapat diselesaikan secara persaudaraan dan harmoni demi kestabilan di Indonesia dan rantau ini.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 23 Mei 2019 / 18 Ramadan 1440