Home Kenyataan Media Presiden PAS

SERUAN HIMPUNAN BEBASKAN MASJID AL-AQSA DAN MERDEKAKAN PALESTIN

75
SHARE


Kenyataan Media Presiden PAS

SERUAN HIMPUNAN BEBASKAN MASJID AL-AQSA DAN MERDEKAKAN PALESTIN


Situasi tegang yang melampau dalam dunia kini menjadi ujian kepada umat Islam, sama ada beristiqamah bersama Islam, atau mencabut Islamnya dengan mengadakan normalisasi bersama Zionis dan konco-konconya.

Presiden Amerika Syarikat yang baru sahaja memenangi pilihan raya telah membuat kenyataan terbuka untuk membantu Zionis melalui pembekalan segala bentuk persenjataan. Ini termasuklah senjata yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa kerana kesan pemusnahannya yang melampau.

Namun begitu, Amerika Syarikat dan Eropah tanpa bermaruah melabel Palestin dan semua pihak yang membantu Palestin sebagai pengganas dan pelampau. Sehinggakan, mereka menyerang Yaman kerana menyokong Palestin, mengancam Iran dan semua negara yang menentang Zionis.

Adapun Zionis dan semua negara yang bersamanya berlagak menjadi pendamai dan pengaman. Mereka mengajak bersama negara Arab dan Islam menjadi pihak yang mendamaikan dengan berpihak kepada Israel dan memaksa pihak Palestin menyerah kalah. Pada masa yang sama, mereka membekalkan senjata yang bertali arus kepada Zionis dan ikut bersama mengerahkan bala tentera menyerang negara-negara yang membantu Palestin.

Pihak Zionis dan sekutunya melancarkan serangan, termasuklah terhadap sasaran awam sehingga membunuh semua penduduk, bukan sahaja sasaran tentera. Mereka juga melancarkan serangan ganas yang melampau tanpa sempadan kemanusiaan dan alam sekitar atas nama keamanan.

Justeru itu, atas kasih dan cinta kepada Islam dan saudaranya di Palestin, saya menyeru kepada umat Islam untuk berhimpun selepas solat Jumaat (28 Mac 2025) di seluruh negara sebagai tanda solidariti bebaskan Masjid al-Aqsa dan merdekakan Palestin.

“BEBASKAN MASJID AL-AQSA, MERDEKAKAN PALESTIN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 26 Ramadan 1446 / 27 Mac 2025