MUAR : Program Back To School Pas Kawasan Muar telah berlangsung dengan jayanya di kedua-dua Dun dalam Parlimen Muar iaitu di Dun Sungai Balang pada 25 Disember 2017 dan di Dun Maharani pada 30 Disember 2017.
Program anjuran bersama Pas Kawasan Muar, JPrK dan JPrD dengan kerjasama DPP dan DMPK Muar serta Dewan Ulama ini adalah program tahunan yang diadakan setiap hujung tahun sebelum sekolah dibuka.
Di peringkat Dun Sungai Balang, program telah diadakan di Pasti Al Hidayah, Parit Bulat bermula pada pukul 9.00 pagi. Menurut pengarah program, Ustaz Adha Sulaiman, penerima sumbangan adalah seramai 118 orang. Sumbangan berupa wang tunai telah disampaikan oleh YDP Pas Kawasan Muar, Tuan Haji Abd Aziz Talib dan TYDP Tuan Haji Cheman Yusoh.
Sementara di Dun Maharani, program bertempat di Markas Pas Pajar bermula pada pukul 8.00 pagi. Sumbangan telah disampaikan oleh Adun Maharani, YB Dr Mohamad bin Taslim.
Pengarah program Saudara Alif Baharum menyatakan penerima sumbangan adalah melibatkan pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Masing-masing menerima sumbangan berupa beg sekolah dan bagi yang mempunyai 5 orang anak yang bersekolah pula menerima sumbangan baju dan tudung sekolah.
Sumbangan wang bernilai RM1,000 juga turut diserahkan oleh pihak Pas Kawasan Muar kepada wakil Madrasah Tahfiz Luqmanul Hakim dan juga kepada pihak SRITI Muar yang akan memulakan operasinya pada tahun 2018.