Home Berita PAS Selangor

Majlis Pelancaran Program Masjid Hijau Oleh Menteri Alam Sekitar dan Air – Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

739
SHARE

Oleh : Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Bandar Baru Bangi, Selangor | 27 September 2020

Saff kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air ke Negeri Selangor bagi Merasmikan Majlis Pelancaran Program Masjid Hijau di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Kerjasama yang dilakukan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air & Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) dan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi telah melancarkan Program Masjid Hijau di Masjid Al-Hasanah baru-baru ini.

Program ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man Menteri Alam Sekitar dan Air dengan membuat lawatan ke tapak-tapak projek berelemenkan Masjid Hijau seperti Pusat Kitar Semula, Pusat Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Tapak Projek Urbankit, Tapak Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas dan Pusat Sembelihan Masjid.

Program Masjid Hijau adalah bertujuan untuk menjadikan institusi masjid sebagai pemangkin kepada agenda kelestarian alam. Elemen Masjid Hijau merangkumi aspek pendidikan terhadap alam sekitar, penjimatan elektrik dan air, penggunaan produk hijau, pengitaran semula sisa buangan dan kempen wakaf hijau.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga kelestarian alam ini demi kesejahteraan sejagat. Ayuh bersama-sama kita menjaga alam yang dianugerahkan oleh Allah ini agar alam ini terus dipelihara dengan sebaiknya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#MenteriAlamSekitardanAir
#MGTC
#MasjidAlHasanah
#BandarBaruBangi
#MasjidHijau
#WakafMasjidHijau