Salam Takziah Buat Dua Aktivis Muslimat
Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan salam takziah buat dua aktivis Muslimat PAS iaitu Puan Noor Hayati Kasim, Mantan Ketua Muslimat PAS Gerik dan Puan Arbakyah binti Kassman, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPN Johor atas berita kematian suami tercinta. Sesungguhnya kematian dan kehilangan merupakan ujian yang akan ditempuh oleh semua manusia tanpa mengira apa jua latar belakang, cuma yang membezakan,...
Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Abdul Sattar – Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Ulama PAS Negeri Selangor Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menerima berita dengan penuh kesedihan hari ini atas pemergian seorang ilmuwan yang ulung dalam bidang kewangan Islam di peringkat antarabangsa iaitu Syeikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghuddah. Beliau turut banyak menyumbang kepada pembangunan sistem...
Propaganda DSAI Mengenai Spekulasi Berkenaan Darurat Dikaitkan Dengan Ke Arah Kerajaan Diktator – Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor | Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi
Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi DSAI harus akui bahawa wabak Covid-19 yg berlaku di Malaysia adalah hasil kegagalan Kerajaan PH menangani pada peringkat awal lagi. Kerajaan PH seolah-olah tidak ambil peduli apabila gagal menghalang kemasukan pelawat-pelawat dari luar terutamanya dari Negara China dan kegagalan pentadbiran lalu...
PAS Selangor Menerima Sumbangan 17160 Botol Air Minuman Daripada YB Tuan Haji Ahmad Amzad Ahli Parlimen Kuala Terengganu Bersama NGO – Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri...
Kuala Langat, Selangor | 24 Oktober 2020 Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi telah menerima sumbangan air minuman 1.5l sebanyak 17610 botol pada sebelah petang tadi. Sumbangan ini telah diberikan oleh YB Ahmad Amzad Hashim dan NGO Iman Care melalui Setiausaha YB....
Covid-19 Melaka : 3 kes baharu di Mukim Paya Rumput dan Ayer Molek
Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 24 Okt: Tiga lagi kes harian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini dengan dua daripadanya dikesan di Mukim Paya Rumput sementara satu lagi di Mukim Ayer Molek yang mana kedua-dua mukim ini adalah di dalam Daerah Melaka Tengah. Menurut Jabatan Kesihatan Melaka kedua-dua mangsa dari Mukim Paya Rumput yang berumur 20 dan 25 tahun...
Ketua Menteri Melaka santuni mangsa ribut Kampung Bakar Batu
Oleh : Ibnu Janie KOTA MELAKA, 24 Okt : "Saya tumpang bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa ribut di Kampung Bakar Batu, Bachang, apabila ada kediaman yang rosak teruk akibat kejadian ribut pada 11 Ogos lalu." kata Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam satu hantaran Facebooknya sebentar tadi. Menurut beliau, dalam lawatan program turun padangnya itu...
Di saat Covid-19 menular, jangan lupa ancaman denggi – Ketua Menteri Melaka
Oleh : Ibnu Janie KOTA MELAKA, 24 Okt : Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini mengingatkan bahawa di saat semua pihak bimbang dengan pandemik Covid-19, namun masyarakat jangan mengabaikan soal persekitaran khususnya ancaman nyamuk Aedes yang mengakibatkan demam denggi dan penyakit chikungunya. Beliau berkata demikian di dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi...
Kalam Murabbi : Dakwah kontemporari
Kefarduan Dakwah Firman Allah SWT :- وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ “Dan hendaklah ada di antara kamu yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Ali Imran: 104 Dalam konteks dakwah, ulama berselisih pendapat dalam menentukan hukum dakwah. Ada sebahagian meletakkan hukum fardu ain dan...
COVID-19 Dan Proklamasi Darurat : Abaikan Propaganda Jahat – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Zurk Ahmad Bermula 11 Oktober, jumlah kes positif harian yang dilaporkan adalah sebanyak 561 dan angka ini terus kekal melebihi 500 kes sehingga hari ini. Setakat 23 Oktober 2020, jumlah kes positif harian yang dilaporkan adalah sebanyak 710 kes. Jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak...
Pena Editor Melaka : Malaysia darurat?
KETIKA rencana ini ditulis belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada kerajaan berkaitan dengan isu darurat yang heboh diperkatakan sejak semalam. Kita semua tidak pasti apa sebenarnya yang ingin dilakukan kerajaan. Ramai pemimpin pembangkang yang mula memberikan komen kononnya darurat ini mahu dilaksanakan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang kerajaan yang ada sekarang akan ditumbangkan dengan undi tidak percaya di parlimen. Jika...