Home Artikel PAS Selangor

PAS Selangor Menerima Sumbangan 17160 Botol Air Minuman Daripada YB Tuan Haji Ahmad Amzad Ahli Parlimen Kuala Terengganu Bersama NGO – Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

237
SHARE

Kuala Langat, Selangor | 24 Oktober 2020

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi telah menerima sumbangan air minuman 1.5l sebanyak 17610 botol pada sebelah petang tadi.

Sumbangan ini telah diberikan oleh YB Ahmad Amzad Hashim dan NGO Iman Care melalui Setiausaha YB. YB Tuan Amzad juga merupakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Turut bersama Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia Cawangan Negeri Selangor Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, pimpinan PAS Kawasan Kuala Langat serta rombongan YB Timbalan Menteri.

Insya Allah sumbangan ini akan diagihkan ke kawasan yang masih menghadapi gangguan air dan selebihnya untuk persediaan sekiranya berlaku krisis air yang berulang di Negeri Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor