Home Artikel PAS Melaka

Di saat Covid-19 menular, jangan lupa ancaman denggi – Ketua Menteri Melaka

219
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

KOTA MELAKA, 24 Okt : Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini mengingatkan bahawa di saat semua pihak bimbang dengan pandemik Covid-19, namun masyarakat jangan mengabaikan soal persekitaran khususnya ancaman nyamuk Aedes yang mengakibatkan demam denggi dan penyakit chikungunya.

Beliau berkata demikian di dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi berkaitan dengan satu lawatan beliau menyantuni 10 penduduk di sekitar Lorong Bukit Cina dan Jalan Temenggong, yang terkena demam denggi dan penyakit Chikungunya di sini hari ini.

Menurut hantaran itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang penduduk yang diserang penyakit berkenaan, antaranya Tan Beng Guan, Tan Yean Ting, Rajeswari Umakeshan, Gouri, Abdul Jabbar Dulkarnain, Ramlah Ahmad, Noranita Abdul Jabbar, Chua Tiam Hok, Chua Tiam Bun, dan Tan Lee Wee.

“Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk segera membuat semburan fogging, selain mengaturkan program gotong-royong di kawasan berkenaan.” ujar beliau.

Turut sama dalam lawatan ini ialah Pengerusi MIC Negeri Melaka yang juga Setiausaha Khas Perhubungan Masyarakat kepada YAB Ketua Menteri, Datuk M.S Mahadevan; Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Setiausaha Khas Perhubungan Masyarakat kepada YAB Ketua Menteri, Yong Fun Juan.

Kredit foto : Facebook Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)