Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Salam Takziah Buat Dua Aktivis Muslimat

953
SHARE

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan salam takziah buat dua aktivis Muslimat PAS iaitu Puan Noor Hayati Kasim, Mantan Ketua Muslimat PAS Gerik dan Puan Arbakyah binti Kassman, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPN Johor atas berita kematian suami tercinta.

Sesungguhnya kematian dan kehilangan merupakan ujian yang akan ditempuh oleh semua manusia tanpa mengira apa jua latar belakang, cuma yang membezakan, bagaimana kita menghadapi ujian ini.

Semoga keduanya tabah menghadapi kehidupan mendatang bersama ahli keluarga lain yang masih ada, dalam masa yang sama tidak lupa untuk sentiasa mendoakan mereka yang telah pergi agar kita semua dapat berkumpul semula di Syurga insyaAllah.

Di kesempatan ini juga saya mengajak semua untuk mendoakan Puan Hayati yang baru sedar daripada koma akibat kemalangan yang berlaku semalam, 24 Oktober bersama suami di Jeli. Semoga dikurniakan kesembuhan dan kesihatan sebaiknya, dan tabah menghadapi ujian kesakitan ini.

YB Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
25 Oktober 2020 bersamaan 8 Rabiulawal 1442H