Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 3 kes baharu di Mukim Paya Rumput dan Ayer Molek

404
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 24 Okt: Tiga lagi kes harian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini dengan dua daripadanya dikesan di Mukim Paya Rumput sementara satu lagi di Mukim Ayer Molek yang mana kedua-dua mukim ini adalah di dalam Daerah Melaka Tengah.

Menurut Jabatan Kesihatan Melaka kedua-dua mangsa dari Mukim Paya Rumput yang berumur 20 dan 25 tahun itu dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan saringan kesihatan kontak rapat kes positif manakala seorang lagi mangsa berumur 33 tahun dari Mukim Ayer Molek pula dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan saringan kesihatan bergejala sejarah kerja di zon merah.

Tambah laporan itu lagi tiada kes kematian atau kesembuhan baharu dilaporkan di Negeri Melaka setakat hari ini manakala kes aktif keseluruhan yang masih dirawat di hospital kini berjumlah 33 kes.

Maklumat ini dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka di dalam laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Sementara itu negara hari ini dikejutkan dengan kadar kes harian jangkitan baharu sebanyak 1228 kes yang merupakan kadar tertinggi direkodkan di seluruh negara semenjak wabak ini mula merebak di negara ini.

Namun begitu empat negeri iaitu Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini sementara Sabah kekal mencatat rekod sebagai negeri dengan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 889 kes.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)