Home Artikel PAS Melaka

Ketua Menteri Melaka santuni mangsa ribut Kampung Bakar Batu

363
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

KOTA MELAKA, 24 Okt : “Saya tumpang bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa ribut di Kampung Bakar Batu, Bachang, apabila ada kediaman yang rosak teruk akibat kejadian ribut pada 11 Ogos lalu.” kata Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam satu hantaran Facebooknya sebentar tadi.

Menurut beliau, dalam lawatan program turun padangnya itu pada minggu ini, beliau telah menunggang motosikal di dalam kawasan kampung untuk melawat ke rumah dua orang penduduk kampung itu iaitu Sabtu Said dan Haris Azilan Hassan yang mana rumah mereka ditimpa batang pokok dalam kejadian ribut berkenaan.

“Melihat sendiri keadaan rumah mereka yang rosak teruk akibat bencana alam ini, saya berharap peruntukan membaiki rumah dan bantuan dapat disalurkan segera. Insya-Allah.” ujar beliau di dalam hantaran itu.

Kredit foto : Facebook YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)