Home Berita PAS Melaka

Kalam Murabbi : Dakwah kontemporari

546
SHARE

Kefarduan Dakwah

Firman Allah SWT :-

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Ali Imran: 104

Dalam konteks dakwah, ulama berselisih pendapat dalam menentukan hukum dakwah. Ada sebahagian meletakkan hukum fardu ain dan sebahagian yang lain meletakkan hukum fardu kifayah. Namun, apabila melihat kepada realiti sekarang, dakwah telah menjadi fardu bagi setiap umat Islam mengikut kemampuan masing-masing kerana kerosakan yang berlaku semakin berleluasa.

Jika dilihat pada zaman ini, orang yang sesat lebih ramai daripada orang yang mendapat hidayah. Justeru itu, tidak mencukupi jika dikhususkan hanya pada golongan tertentu sahaja, sebaliknya tanggungjawab perlu digalas oleh setiap umat Islam.

Sasaran Dakwah

1) Al Mala’ (Golongan berpengaruh)- golongan yang terpenting dalam masyarakat (pemimpin, kerajaan, selebriti dan lain-lain).

2) Al Jumhur (Masyarakat Awam) – Merangkumi setiap orang dan berbagai-bagai ragam.

3) Al Munafiq – Orang yang berpura-pura mencintai agama tetapi mempunyai matlamat lain.

4) Al Fasik (Pelaku Maksiat) – Orang yang jauh daripada kesedaran agama.

5) Non-Muslim – Golongan yang belum menerima Islam.

Cabaran Dakwah

1) Manusia berpaling daripada dakwah

– Merasai bahawa dakwah yang dibawa tidak diminati orang.

2) Diperolok, diejek dan dibenci

– Dalam menyebarkan dakwah akan menerima kritikan, hinaan, caci maki.

3) Reka Cerita

– Akan difitnah serta cerita tidak betul akan disebar luas untuk membangkitkan kebencian.

4) Penyeksaan

– Sampai satu tahap akan diuji fizikal dan mental, ditakutkan, malah ada yang mengugut.

5) Kesenangan Dunia

– Musuh akan menyogok kita dengan harta benda, jawatan, kuasa.

6) Keluarga

– Golongan ini bakal menghalang jalan dakwah. Ada segelintir ibubapa, suami atau isteri, anak-anak, jiran tetangga, saudara mara tidak menyukai dan tidak menyokong penglibatan kita dalam aspek dakwah ini.

Justeru itu, kepada para pendakwah marilah sama-sama kita mengatur langkah, bersedia dalam melalui liku-liku dalam berdakwah. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, membina kekuatan rohani dan jasmani, menuntut ilmu sebanyak mungkin agar dibuka jalan dakwah tersebut seterusnya sampai kepada sasaran dakwah.

Moga bermanfaat!

Rujukan: Nadi Perjuangan

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka
• Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka
• YDP PAS Kawasan Masjid Tanah

#KekalTenang
#TolakPHitnah


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)