Home Artikel PAS Selangor

COVID-19 Dan Proklamasi Darurat : Abaikan Propaganda Jahat – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

496
SHARE

Oleh : Zurk Ahmad

Bermula 11 Oktober, jumlah kes positif harian yang dilaporkan adalah sebanyak 561 dan angka ini terus kekal melebihi 500 kes sehingga hari ini. Setakat 23 Oktober 2020, jumlah kes positif harian yang dilaporkan adalah sebanyak 710 kes.

Jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 24,514 dengan jumlah kes aktif sebanyak 8416. Seramai 90 orang di ICU dan 28 orang memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kematian akibat wabak ini adalah sebanyak 214, iaitu 0.87% daripada keseluruhan kes.

Ia sesuatu yang sangat membimbangkan! Ancaman penularan wabak ini mungkin mengambil masa yang lama untuk dan lebih mengganas sekiranya tidak dibendung dengan baik.

Suasana politik yang tidak menentu pada hari ini menjadi igauan ngeri kepada petugas kesihatan. Apakah akan ada kluster baru daripada PRK Batu Sapi? Apakah akan ada kluster baru daripada PRN Sarawak? Apakah akan ada peningkatan kes luar biasa daripada PRU-15?

Pimpinan parti politik wajib memikirkan maslahat rakyat mengatasi segalanya pada ketika ini.

Presiden PAS telah menulis pada 19 Oktober 2020 berkenaan kerakusan politik sehingga mengabaikan derita rakyat akibat COVID-19 ini perlu dihentikan. Malah, PAS sangat konsisten untuk memilih mengutamakan rakyat dalam banyak isu sebelum ini.

Terima kasih dan tahniah kepada UMNO yang telah membuat keputusan untuk mengadakan gencatan politik dengan menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi menumpukan agenda menangani COVID-19.

Namun, masih ada lagi pihak tanpa segan silu mengisytihar akan meneruskan usaha merampas kerajaan demi kepentingan tembolok mereka. Mereka terus menyusun strategi propaganda tanpa memikirkan hal rakyat. Malah dengan jeleknya mengatakan merekalah wira rakyat. Mereka ini patut dihukum rakyat jika diberi peluang memilih pada masa akan datang!

Belum dihitung Ahli Parlimen yang mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri. Bila ditanya mereka ada hujah tersendiri namun apakah sesuai pada ketika ini?

Dan semalam kita disajikan dengan khabar bahawa akan ada “Proklamasi Darurat” sebagai jalan keluar kepada kemelut politik dan bencana COVID-19 ini. Benar atau tidak, sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi. Jika ini adalah jalan terbaik, kita sama-sama doakan ianya dapat berjalan dengan baik. Usah termakan dengan dakyah dan fitnah yang dimainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang mahu menggangu-gugat kestabilan dan keamanan negara.

Abaikan propaganda jahat.

Kita serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas baginda.

Apa tugas kita?

Tugas kita mudah. Patuhi SOP dan ketetapan yang telah diarahkan oleh Kerajaan. Duduk rumah jika tiada urusan penting. Kekalkan disiplin dan intergriti. Teruskan berdoa. Ini akan membantu petugas barisan hadapan menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

Terima kasih dan tahniah kita ucapkan kepada petugas kesihatan yang bertungkus-lumus merawat pesakit positif. Sehingga semalam, jumlah kes sembuh dilaporkan sebanyak 15884, iaitu 64.80% daripada keseluruhan kes.

Anda hero kami!

Zurk Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

7 Rabi’ul Awal 1442H | 24 Oktober 2020

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#covid19
#kekaltenang
#mestimenang
#kitajagakita
#TolakPHitnah
#MalaysiaSejahtera