Covid-19 Melaka : Tiada kes baharu, 3 kes sembuh hari ini
Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 26 Nov : Tiada kes baharu sementara tiga kes Covid-19 sembuh di Melaka hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka melalui satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi. Tambah laporan itu sebanyak 20 kes aktif masih dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU. Laporan itu juga menyatakan 11 mukim dikategorikan sebagai zon...
Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2021
Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2021 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) tanpa melalui undian belah bahagi. Belanjawan 2021 amat penting bagi negara serta rakyat dalam meneruskan agenda pemulihan ekonomi ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19. Ia juga telah dititahkan oleh YDPA Al Sultan Abdullah supaya diluluskan...
PAS Papar terus hulur bantuan, prihatin rakyat
25 November 2020 Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin PAPAR: Pagi kelmarin, PAS Kawasan Papar melihat senarai nama yang memerlukan bantuan dan terus menghantar sumbangan kepada penama pada petangnya. Terdapat 70 set barang sumbangan yang disediakan oleh PAS Papar untuk diagihkan ke 5 buah kampung antaranya Kg. Kambau Ulu Bongawan, Kg. Mandugi Ulu Bongawan, Kg. Ambatuan Ulu Bongawan, Kg. Jawa Ulu Bongawan dan Kg....
Hari ini dalam sejarah : Perjanjian persahabatan Johor-Riau-Belanda ditandatangani
26 NOVEMBER 1818 PADA hari ini dalam tahun 1818, Perjanjian Persahabatan telah ditandatangani antara Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang Sultan Abdul Rahman, Yamtuan Muda Raja Jaafar dengan Laksamana Wolterback bagi pihak pemerintah Belanda di Melaka. Perjanjian tersebut bertujuan untuk mewujudkan semula perhubungan persahabatan di antara kedua-dua kerajaan sebelum Melaka diserahkan kembali oleh Inggeris kepada Belanda. Melalui perjanjian tersebut, kerajaan Belanda mengakui bahawa Sultan Abdul Rahman...
Pena Kaunselor : Covid-19 – Sihatkah mental kita?
Oleh : Abu Harith TAHUN 2020 merupakan tahun yang boleh dikira sebagai tahun yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh semua rakyat Malaysia, bahkan penduduk dunia juga. Pada tanggal 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia mula mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di seluruh negara. Ini merupakan satu situasi di luar jangkaan bagi semua orang pastinya....
Amal Tangga Batu bantu bersih rumah mangsa banjir
Oleh : Kamil Saufee TANGGA BATU, 26 Nov : Jabatan AMAL Tangga Batu telah turun membantu membersihkan sebuah rumah yang dilanda banjir baru-baru ini milik Aziz Mis di Kampung Seberang Gajah, di sini, malam semalam. Operasi pembersihan yang bermula jam 9 malam ini diketuai oleh Komandan AMAL Tangga Batu, Omar Taib dengan dibantu oleh sembilan orang anggota AMAL lain. Turut hadir membantu...
ADUN Guar Sanji Puji Penganjuran Kelas Intensif
ARAU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim pagi tadi meluangkan masa melawat Program Kelas Intensif yang diadakan di Masjid Al-Barakah dekat sini.
Kunjungan DPPNPs Bincang Kerjasama Dengan JKM Perlis
KANGAR: Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPNPs) baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Mohammad Hazam Ismail di pejabatnya di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Perlis, dekat sini.
Video : Belanjawan 2021, wajarkah ditolak? Apa kata rakyat
Oleh : Abu Anas JASIN, 26 Nov : Pengundian bagi meluluskan Belanjawan 2021 akan berlangsung pada hari ini di Parlimen, namun ada ura-ura sesetengah Ahli Parlimen dikatakan mahu menolak bajet ini. Kami di Unit Produksi Media dan Wartawan Rakyat Melaka (WARM), Jabatan Penerangan PAS Melaka telah menemuramah orang ramai berkaitan isu ini. Ikuti video beberapa temubual kami ini:
Media PAS Rompin perkasakan pasukan bantu jentera PRU-15
24 November 2020 Penulis: Khairul Izwan Rompin :: Petugas Media PAS Rompin sedang bersiap sedia untuk membantu Jentera Pilihanraya PAS Kawasan ke arah gerak kerja pilihanraya umum ke-15. Beberapa bengkel mengasah bakat dalam ilmu penerangan dan media baru diadakan dalam usaha melahirkan petugas parti yang berkemahiran tinggi. Teknik penulisan, olahan berita, pembikinan video pendek adalah antara perkara yang diberi penekanan dalam siri bengkel-bengkel...