Home Artikel PAS Melaka

Amal Tangga Batu bantu bersih rumah mangsa banjir

428
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 26 Nov : Jabatan AMAL Tangga Batu telah turun membantu membersihkan sebuah rumah yang dilanda banjir baru-baru ini milik Aziz Mis di Kampung Seberang Gajah, di sini, malam semalam.

Operasi pembersihan yang bermula jam 9 malam ini diketuai oleh Komandan AMAL Tangga Batu, Omar Taib dengan dibantu oleh sembilan orang anggota AMAL lain.

Turut hadir membantu dalam operasi ini Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Shafiq Ismail.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)