Home Artikel PAS Perlis

ADUN Guar Sanji Puji Penganjuran Kelas Intensif

512
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim pagi tadi meluangkan masa melawat Program Kelas Intensif yang diadakan di Masjid Al-Barakah dekat sini.

Program yang melibatkan para pelajar sekolah rendah itu diadakan khusus bagi membantu mereka menguasai kebolehan membaca dengan lebih baik.

Beliau yang hadir bersama-sama dengan wakil Pertubuhan Kebajikan Guar Sanji, Fakhruddin Ahmad turut menyampaikan sumbangan makanan kepada para peserta kelas berkenaan.

Mohd Ridzuan ketika ditemui turut memuji inisiatif pihak yang terlibat dalam mengadakan kelas berkenaan.

“Kehadiran para pelajar ke kelas-kelas seumpama ini bukan sahaja mampu mengelakkan mereka daripada terdedah kepada aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat malah membantu mereka untuk menguasai kemahiran membaca.

“Pihak sekolah juga turut beroleh manfaat apabila para pelajar mereka selepas ini mampu menguasai ilmu-ilmu yang diajar dengan lebih baik,” katanya.