Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2021

575
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2021

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) tanpa melalui undian belah bahagi.

Belanjawan 2021 amat penting bagi negara serta rakyat dalam meneruskan agenda pemulihan ekonomi ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19. Ia juga telah dititahkan oleh YDPA Al Sultan Abdullah supaya diluluskan tanpa sebarang gangguan.

Pujian diberikan kepada YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan yang telah menggubal beberapa insentif setelah meneliti perbahasan-perbahasan ahli Dewan Rakyat.

Sokongan terhadap Belanjawan 2021 menunjukkan keyakinan ahli parlimen kepada kerajaan Perikatan Nasional dalam mentadbir negara. Sesungguhnya kesepaduan dan kerjasama pihak kerajaan dan pembangkang telah menatijahkan suatu keuntungan buat rakyat.

PAS berharap perbahasan di peringkat Jawatankuasa berjalan lancar serta dapat diterjemahkan sebaiknya oleh Kementerian Kewangan.

‘Teguh Kita, Menang Bersama’

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
26 November 2020 | 10 Rabiul Akhir 1442