Home Artikel PAS Sabah

PAS Papar terus hulur bantuan, prihatin rakyat

466
SHARE

25 November 2020

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin

PAPAR: Pagi kelmarin, PAS Kawasan Papar melihat senarai nama yang memerlukan bantuan dan terus menghantar sumbangan kepada penama pada petangnya.

Terdapat 70 set barang sumbangan yang disediakan oleh PAS Papar untuk diagihkan ke 5 buah kampung antaranya Kg. Kambau Ulu Bongawan, Kg. Mandugi Ulu Bongawan, Kg. Ambatuan Ulu Bongawan, Kg. Jawa Ulu Bongawan dan Kg. Kuala Kimanis.

Turut bersama mengagihkan sumbangan Yang Dipertua PAS Kawasan Papar, Haji Abd Salim Haji Karim, pimpinan PAS Kawasan iaitu Ustaz Azman Jupri, Ustaz Mat Razali Mat Lazin, Ustaz Tuan Redzuan Tuan Noh dan Ustaz Radzwan Ibrahim.

Menurut Haji Abd Salim, PAS Papar bergegas memberikan sumbangan kerana memikirkan nasib mereka yang terjejas dengan keadaan negara sekarang.

Tambahnya, semua golongan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19. PAS Papar sentiasa prihatin pada kebajikan rakyat.

Kami menyampaikan sumbangan orang ramai kepada penerima, semoga dapat meringankan sedikit bebanan yang dihadapi,” ujar Haji Salim.