Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Tiada kes baharu, 3 kes sembuh hari ini

335
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 26 Nov : Tiada kes baharu sementara tiga kes Covid-19 sembuh di Melaka hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka melalui satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Tambah laporan itu sebanyak 20 kes aktif masih dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan 11 mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Belimbing, Durian Tunggal, Masjid Tanah, Bachang, Balai Panjang, Batu Berendam, Bukit Katil, Bukit Rambai, Ayer Panas, Merlimau dan Rim.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 935 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Sabah mencatat kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 326 kes diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 161 kes.

Mengikut laporan itu juga semua negeri atau wilayah merekodkan kes baharu hari ini kecuali Melaka, Perlis dan Pahang.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)