Dunia Tempat Beramal, Akhirat Tempat Balasan

  " Dunia tempat beramal. Akhirat tempat balasan. Jika dihembus nafas terakhir maka tamatlah peluang untuk beramal. Manfaatkan waktu sebaiknya". Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man Timbalan Presiden PAS

Hari ini dalam sejarah : Persidangan kelapa sawit antarabangsa.

16 November 1972 PADA hari ini 16 November dalam tahun 1972, persidangan antarabangsa mengenai pemasaran kelapa sawit telah diadakan di Kuala Lumpur. Persidangan itu telah dihadiri oleh pakar perusahaan minyak sawit dari Bank Dunia, Encik C.W.S. Hartley. Selama ini Malaysia hanya menumpukan penyelidikan secara persendirian saja. Oleh itu dalam persidangan ini Malaysia telah dicadangkan supaya mengadakan kerjasama dengan lain-lain negara pengeluar...

Adat berjuang sifatnya diuji – YDP PAS Alor Gajah

Oleh : Al-Ansari ALOR GAJAH, 16 Nov : "Sudah menjadi adat dalam perjuangan apabila ditimpa ujian seperti caci maki dan fitnah malah jika kita hayati sirah nabi, Rasulullah diuji dengan lebih dahsyat lagi. "Kita sebagai penggerak jemaah seharusnya yakin dan kembali kepada Allah sebagai penolong seperti mana yang dinyatakan dalam Surah Muhammad ayat ketujuh". Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin...

Covid-19 Melaka : 2 kes positif baharu, 5 kes sembuh

Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 15 Nov: Dua kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka sementara lima kes pula telah sembuh hari ini, lapor Jabatan Kesihatan Melaka dalam satu hantaran laman Telegram rasmi mereka sebentar tadi. Menurut laporan itu daripada dua kes positif baharu yang dilaporkan itu satu daripadanya dikesan di Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah, berumur 29...

Hari ini dalam sejarah : Pasir Salak dikuasai oleh Inggeris

PADA hari ini 15 November dalam tahun 1875, Pasir Salak telah diserang dan dikuasai oleh angkatan tentera Inggeris. Serangan yang dilakukan itu adalah sebagai tindak balas Inggeris terhadap Sultan dan pembesar-pembesar Melayu Perak bersabit dengan pembunuhan Residen Pertama Inggeris di Perak, J.W.W. Birch. Melalui Perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani oleh Sultan Abdullah dengan Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke, pada 20...

Nabi SAW ditarbiah sedari kecil untuk menjadi Rasul – Datuk Kamarudin

Oleh : Siti Hajar HANG TUAH JAYA, 15 Nov : "Nabi Allah dihilangkan tempat pergantungan hidup supaya Baginda SAW cekal dan menyerahkan segala urusan hidup kepada Allah, sebab kerja dakwah ialah kerja yang penuh tribulasi. "Hikmah yang lebih besar ialah apabila Nabi SAW berumur 40 tahun, Baginda bakal menjadi Rasul yang akan membawa satu ajaran berlawanan dengan penduduk Makkah yang menyembah...

Kenang dan rai keagungan kelahiran Rasulullah SAW sepanjang tahun – Datuk Kamarudin

Oleh : Shawal Ahmad KOTA MELAKA, 15 Nov : Bulan Rabiulawal sangat istimewa dan sangat dimuliakan oleh umat Islam seluruh dunia kerana ia bulan kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW yang jatuh pada hari ke-12 dan wajar dikenang juga diraikan oleh semua umat Islam bukan sahaja di bulan Rabiulawal tetapi sepanjang tahun untuk hidup mencintai Rasulullah SAW. Penasihat Agama kepada YAB Ketua...

Empat kes positif denggi di Pengkalan Balak, penduduk perlu berhati-hati – Ustaz Imran

Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 15 Nov : "Kita dimaklumkan bahawa terdapat empat kes positif denggi di kawasan Pengkalan Balak ini. Dan ini menakutkan. "Semua pihak perlu menjaga kebersihan kawasan sekeliling agar nyamuk aedes tidak mudah membiak dan wabak denggi tidak mudah tersebar. "Di saat kita sedang sibuk melawan Covid-19 kita jangan lupa denggi juga sangat merbahaya. Kalau dua-dua penyakit ini...

Muslimat Sarawak Serah Bantuan Mangsa Kebakaran

PETRA JAYA: Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah menggerakkan sumbangan bantuan kepada keluarga-keluarga mangsa kebakaran di Kampung Bintawa Ulu, Kuching, di sini semalam. Sumbangan telah disampaikan Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Sarawak, Habsah Bujang yang hadir berziarah bersama rombongan diketuai Yang DiPertua PAS Kawasan Petra Jaya, Morshidi Hassan. Barangan keperluan harian yang diserahkan langsung kepada setiap keluarga mangsa terlibat itu sebagai menzahirkan...

15 November 2020 : KL, Putrajaya, Labuan ‘Wilayah Bebas Berniaga’

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN 15 November 2020 : KL, Putrajaya, Labuan 'Wilayah Bebas Berniaga' 1. Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DPMWP) merakamkan ucapan terima kasih atas pengisytiharan Wilayah Persekutuan sebagai 'Wilayah Bebas Berniaga' oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa baru-baru ini. 2. Bermula hari ini, 15 November 2020 rakyat Malaysia terutamanya penduduk Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk berniaga apa...