Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 2 kes positif baharu, 5 kes sembuh

585
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 15 Nov: Dua kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka sementara lima kes pula telah sembuh hari ini, lapor Jabatan Kesihatan Melaka dalam satu hantaran laman Telegram rasmi mereka sebentar tadi.

Menurut laporan itu daripada dua kes positif baharu yang dilaporkan itu satu daripadanya dikesan di Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah, berumur 29 tahun di bawah kategori kes jangkitan tempatan saringan bergejala kontak rapat sementara satu lagi kes dikesan di Mukim Sungai Rambai Daerah Jasin, 53 tahun, di bawah kategori kes jangkitan import B saringan zon berisiko.

Tambah laporan itu lagi 48 kes masih dirawat di Hospital Melaka, dua daripadanya adalah di wad ICU sementara tiada kes kematian baharu direkodkan.

Kata laporan itu lagi, sebelas mukim dikategorikan sebagai Zon Kuning iaitu Mukim Bukit Katil (3), Mukim Merlimau (10), Mukim Bukit Rambai (1), Mukim Ayer Panas (1), Mukim Ayer Molek (9), Mukim Cheng (1), Mukim Tanjung Minyak (1), Mukim Batu Berendam (19), Mukim Durian Tunggal (3), Mukim Klemak (1) dan Mukim Chohong (1).

Bagi laporan keseluruhan negara pada hari ini jumlah kes baharu direkodkan hari ini masih tinggi dengan jumlah mencecah 1208 kes di mana semua negeri dan wilayah merekodkan kes baharu hari ini kecuali Pahang dan Terengganu.

Namun hari ini buat kali pertamanya semenjak berlakunya gelombang ke-3 Covid-19 ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengatasi Sabah dengan merekodkan kes tertinggi antara negeri dan wilayah iaitu sebanyak 475 kes sementara Sabah pula hari ini merekodkan 381 kes sebagai negeri mencatatkan kes kedua tertinggi dalam negara.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)