Home Berita PAS Melaka

Empat kes positif denggi di Pengkalan Balak, penduduk perlu berhati-hati – Ustaz Imran

1010
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 15 Nov : “Kita dimaklumkan bahawa terdapat empat kes positif denggi di kawasan Pengkalan Balak ini. Dan ini menakutkan.

“Semua pihak perlu menjaga kebersihan kawasan sekeliling agar nyamuk aedes tidak mudah membiak dan wabak denggi tidak mudah tersebar.

“Di saat kita sedang sibuk melawan Covid-19 kita jangan lupa denggi juga sangat merbahaya. Kalau dua-dua penyakit ini melanda kawasan kita ini serentak, teruk kita nanti.”

Demikian dinyatakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pengkalan Balak, Ustaz Imran Abdul Rahman kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pagi tadi.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah berkata, bimbang dengan penularan wabak denggi dan peningkatan kes penyakit itu JPKK Kampung Pengkalan Balak telah mengadakan satu gotong-royong di Taman Pengkalan Balak di sini pagi tadi.

Program ini yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini turut disertai oleh Adun Tanjung Bidara YB Datuk Hj Md Rawi Mahmud bersama-sama dengan penduduk Taman Pengkalan Balak.

Program gotong-royong ini turut dibantu oleh beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Alor Gajah, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Pejabat Tanah Alor Gajah.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)