Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Persidangan kelapa sawit antarabangsa.

601
SHARE

16 November 1972

PADA hari ini 16 November dalam tahun 1972, persidangan antarabangsa mengenai pemasaran kelapa sawit telah diadakan di Kuala Lumpur. Persidangan itu telah dihadiri oleh pakar perusahaan minyak sawit dari Bank Dunia, Encik C.W.S. Hartley.

Selama ini Malaysia hanya menumpukan penyelidikan secara persendirian saja. Oleh itu dalam persidangan ini Malaysia telah dicadangkan supaya mengadakan kerjasama dengan lain-lain negara pengeluar minyak sawit di dunia untuk merangka garis panduan bagi memajukan penyelidikan perusahaan tersebut untuk kepentingan bersama.

Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam bidang penyelidikan untuk meluaskan perkembangan perusahaan adalah menggalakkan.

Persidangan itu telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah badan penasihat bagi memastikan perjalanan industri kelapa sawit. Badan ini juga akan menyelaraskan tugas penyelidikan dan proses pengeluaran.

Sehubungan itu kerajaan akan meminta Pusat Perdagangan Antarabangsa di Geneva untuk mendapatkan pakar penasihat mengenai strategi pasaran bagi menentukan kelancaran perjalanan industri ini.

Kredit sumber : Ihsan ARKIB NEGARA MALAYSIA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)