Home Berita PAS Melaka

Adat berjuang sifatnya diuji – YDP PAS Alor Gajah

592
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 16 Nov : “Sudah menjadi adat dalam perjuangan apabila ditimpa ujian seperti caci maki dan fitnah malah jika kita hayati sirah nabi, Rasulullah diuji dengan lebih dahsyat lagi.

“Kita sebagai penggerak jemaah seharusnya yakin dan kembali kepada Allah sebagai penolong seperti mana yang dinyatakan dalam Surah Muhammad ayat ketujuh”.

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata lagi, jika sabar, fokus dan istiqamah dalam melaksanakan aktiviti jemaah, sudah pasti pada akhirnya PAS akan beroleh kemenangan.

Ketika ditanya berkenaan peranan PAS dalam menegur pentadbiran Perikatan Nasional hari ini, Ustaz Syahbudin berkata PAS sudah menggunakan pelbagai saluran yang baik namun ada kalanya keputusan tidak memihak kepada PAS kerana konflik bidang kuasa dan portfolio.

Beliau menambah lagi, ini menunjukkan terdapat ruang dakwah yang boleh dimanfaatkan oleh PAS demi menerapkan nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan pada hari ini.

Ustaz Syahbudin berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada beberapa asnaf semasa Program Ziarah Kasih Rembia di Kampung Jeram, di sini, semalam, yang turut disertai oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun Rembia, Ustaz Hatin Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah, Rosela Alwi dan beberapa pemuda tempatan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)