Home Berita PAS Wilayah

15 November 2020 : KL, Putrajaya, Labuan ‘Wilayah Bebas Berniaga’

653
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

15 November 2020 : KL, Putrajaya, Labuan ‘Wilayah Bebas Berniaga’

1. Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DPMWP) merakamkan ucapan terima kasih atas pengisytiharan Wilayah Persekutuan sebagai ‘Wilayah Bebas Berniaga’ oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa baru-baru ini.

2. Bermula hari ini, 15 November 2020 rakyat Malaysia terutamanya penduduk Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk berniaga apa saja bentuk perniagaan selama enam bulan sehingga 15 April 2021 dengan syarat lokasi perniagaan tidak mengganggu lalu lintas, menjaga kebersihan makanan dan persekitaran, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ditetapkan DBKL serta menghubungi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk pendaftaran.

3. Keprihatinan Kementerian Wilayah Persekutuan ini ternyata memberi kelegaan khususnya buat warga kota yang terkesan dan memerlukan ruang untuk menjana pendapatan melalui perniagaan lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang mencabar ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih belum berakhir.

4. Justeru, DMPWP menyeru agar seluruh warga Wilayah Persekutuan khususnya untuk memberi sokongan kepada peniaga dalam sektor tidak formal ini bagi merangsang perbelanjaan masyarakat dan seterusnya memberi kesan positif kepada kegiatan ekonomi di dalam industri lain amnya.

#TeguhKitaMenangBersama
#WilayahSejahtera
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan
15 November 2020 | 29 Rabiulawal 1442H