Konvensyen buka minda kepentingan media sosial – Ketua Penerangan PAS Melaka

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 20 Jun : Konvensyen Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat yang berlangsung baru-baru ini dilihat benar-benar membuka minda peserta tentang betapa pentingnya media sosial sebagai sarana kempen, penyebaran informatif bagi mendidik, membina minda dan naratif netizen. Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin ketika mengulas tentang konvensyen anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat...

MALVEST, YAKIN sumbang RM50 ribu ke Tabung COVID-19

Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 20 Jun: Kumpulan Malvest dan Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) melalui syarikat usahasama iaitu Kelmedic Sdn Bhd selaku pemaju Troika Kota Bharu menyumbang RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk disalurkan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Timbalan Pengerusi Kelmedic Sdn Bhd, Haji Azi Rahimee yang juga Pengarah YAKIN menyerahkan cek sumbangan tersebut kepada YAB Menteri...

DHPP bentuk jawatankuasa penerangan, salur maklumat Kepada bukan Islam

Oleh : Husaif Mamat KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat telah membentuk jawatankuasa penerangan yang akan memperkasakan lagi penyaluran maklumat dan kejayaan parti itu kepada masyarakat bukan Islam. Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, jawatankuasa terbabit akan memanfaatkan setiap ruang di media sosial agar segala informasi berkaitan PAS sampai kepada golongan sasar. "Media sosial...

25 ‘Anak Istimewa’ Pasir Mas divaksinasi

Oleh NORZANA RAZALY PASIR MAS, 20 Jun: Empat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Pasir Mas terbabit dengan Program Outreach Vaksinasi Covid-19 khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) iaitu PDK Kasturi, PDK Suria Mas, PDK Syakirin dan PDK Nur Ilham. Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Mas, Dr Najihah Mahfuzah Zakria berkata keutamaan diberikan kepada golongan ini kerana berisiko tinggi mendapat...

‘Yang Berkhidmat’ istiqamah cakna rakyat

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA TUMPAT, 20 Jun: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi yang juga Ahli Parlimen Tumpat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah istiqamah memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat yang memerlukan sesuai dengan keadaan semasa. Ahli 'Yang Berkhidmat' mengambil peluang turun padang menyampaikan sumbangan dan...

Keluarga pelajar PASTI terlibat Covid-19 dibantu

Oleh KAMIL SAUFEE TANGGA BATU, 20 Jun : Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Paya Rumput bersama PAS Cawangan Taman Krubong Jaya telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga melibatkan pelajar PASTI yang telah disahkan positif Covid-19 di sekitar Krubong di sini, hari ini. Sumbangan kepada enam keluarga yang terlibat ini telah disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tangga...

Perkemas gerak kerja pasukan

Oleh : ABU HADIF JOHOR BAHRU, 20 Jun : Konvensyen Penerangan Media Baharu 2021 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat yang melabuhkan tirainya petang semalam setelah berlangsung selama dua hari secara dalam talian dilihat dapat menyuntik semangat baharu untuk jentera penerangan negeri memperkemas pasukan. Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Rusman Kemin berkata, perkongsian dalam pembentangan yang disampaikan oleh para perwakilan negeri dari...

Hayati prinsip ‘semua kita adalah ejen penerangan’ – TPJ PAS Melaka

Oleh IBNU JANIE MASJID TANAH, 20 Jun : Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman berharap agar semua ahli PAS harus benar-benar menghayati konsep 'semua ahli PAS adalah ejen penerangan'. Menurut beliau prinsip itu yang ditegaskan di dalam Konvensyen Penerangan dan Media Baharu yang berlangsung secara maya baru-baru ini perlu perlu diterapkan dengan bersungguh-sungguh dan sistematik. "Kita jangan ingat kerja penerangan...

Konvensyen Perjelas hala tuju Penerangan Negeri

KANGAR, 20 Jun: Konvensyen Lajnah Penerangan dan Media Baharu 2021 secara maya selama dua hari yang berakhir semalam disifatkan berjaya memperjelas halatuju Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB) di peringkat negeri-negeri dan kawasan-kawasan.

Pemuda PAS Kedah bantu warga UUM

SINTOK – Dewan Pemuda PAS negeri Kedah menyerahkan barangan keperluan kepada Bilik Gerakan Bencana Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk warganya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran peningkatan jangkitan wabak Covid-19 di kampus tersebut. Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nurul Amin Abd Hamid berkata nilai keseluruhan barangan tersebut adalah lebih dari RM 5 ribu  hasil sumbangan Dewan Pemuda...