Home Berita PAS Selangor

Sumbangan bakul Asnaf 3.0 PAS Shah Alam – PAS Kawasan Shah Alam

7
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Shah Alam

Oleh : Umar Al-Hayawi

Shah Alam | Ramai diantara kita yang berfikir bahawa mereka diuji dengan teruk hanya kerana tidak boleh membuat aktiviti seperti biasa walaupun segala hal seperti makan minum dan tempat tinggal mereka tidak perlu fikirkan.

Namun, ada diantara kita yang lebih teruk ujiannya dengan tiada pendapatan, kehabisan sumber makanan, kehilangan pekerjaan, tidak boleh membayar sewa rumah dan perlu menanggung ramai anak-anak kecil.

Menurut laporan PAS Kawasan Shah Alam, Puan Syapiah mewakili Pas Cawangan Seksyen 13, Shah Alam & Lajnah Dakwah PAS Kawasan Shah Alam telah menjalankan amanah agihan sumbangan kepada mereka kita yang diuji dan terkesan dimusim PKP ini.

PAS Kawasan Shah Alam turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PAS Shah Alam, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ustaz Ubaidillah Fahim Ibrahim dengan kerjasama MATAN Centre di atas usaha yang tidak pernah berhenti dari awal dunia diuji dengan wabak Covid-19 sehingga ke harini ada sahaja bantuan yang dihulur kepada penduduk Shah Alam dan penduduk setempat yang memerlukan.

Ucapan terima kasih juga dikalungkan kepada pemuda-pemuda PAS Shah Alam yang sentiada ringan tulang membantu untuk edaran sumbangan tersebut.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor