Home Berita PAS Selangor

Program kebajikan lockdown KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

6
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | KRCAMALSELANGOR dibawah PAS Kawasan Kota Raja yang masih giat aktif membantu mereka yang memerlukan disaat genting negara menentang wabak Covid-19 yang semakin mengganas dan juga sewaktu PKP yang telah membataskan segala aktiviti pekerjaan terutama pekerja yang bergaji harian.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti KRCAMALSELANGOR dalam membantu dan menyokong para penerima bantuan dan juga pemberi bantuan semasa mengharungi masa sukar negara pandemik Covid-19 :

1. PAS Kawasan Kota Raja telah menginfaqkan beberapa pek beras jenama Ashraffi dan sayur-sayuran segar organik dari kebunAmal KRCAMALSELANGOR untuk Warung Makan Sahabat di Chowkit, Kuala Lumpur.

Menurut laporan, mereka sempat bertemu dan berbual seketika dengan Mak Wan iaitu iKON perjuangan rakan gelandangan dan merupakan antara pengasas Warung Makan Sahabat di Chowkit ja juga turut serta Puan Maryam, orang penting Warung Makan Sahabat tersebut.

Maklumat tambahan, Warung Makan Sahabat menyediakan 500 pek makanan setiap hari untuk para gelandangan yang memerlukannya. Warung Makan Sahabat mendapat sokongan relawan yang komited dalam memastikan tiada golongan yang kelaparan setiap hari.

Kini Warung Makan Sahabat tersebut juga mula mengendalikan kelas-kelas pengajian Fardhu Ain dan ke arah menyiapkan sebuah pusat pendidikan yang diberi nama Rumah Didik Sahabat.

2. Seterusnya, sumbangan barang keperluan asas untuk asnaf muallaf di Bandar Klang. Seorang ibu tua yang berusia 65 tahun ini yang kini perlu menjaga cucunya yang ditinggalkan oleh ibu mereka yang sudah pulang ke Indonesia dan bapa mereka yang tidak lagi mahu menjaga mereka. Beliau tinggal dengan menyewa sebuah bilik kecil bersaiz 64 meter persegi di pinggir Sungai Klang, bersebelahan sebuah tokong cina.

3. Sumbangan makanan ke Rumah Anak-anak Yatim Ulin Nuha turut dijalankan. Sumbangan tersebut dihantar oleh Cik Auni, pelatih program kebajikan yang berlatih dibawah KRCAMALSELANGOR.

4. PAS Kawasan Kota Raja turut meninjau ke sebuah rumah Asnaf yang rosak teruk bersama Ketua PAS Cawangan Kg Johan Setia dan telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka. PAS Kawasan Kota Raja turut merancang untuk membaik pulih rumah Asnaf ini.

5. Sumbangan barangan asas yang terakhir adalah kepada dua orang ibu yang memerlukan sumbangan lantaran kehilangan pendapatan sejak bermulanya penguatkuasaan lockdown.
Semoga infaq ini membawa keberkatan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor