Home Berita PAS Kedah

Sumbangan pada pelajar kolej komuniti yang terkandas

24
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN.

KUALA NERANG, 27 Jun : Negara kita masih lagi dalam situasi Covid-19 dimana PKP dikuatkuasakan bagi mengekang virus Covid19. Dalam situasi yang berlaku ini ada insan yang terkandas.

Tn.Hj.Munir @ Yusoff Zakaria, ADUN Kuala Nerang yang juga Timbalan YDP Pas Padang Terap telah turun menyantuni pelajar-pelajar Kolej Komuniti Padang Terap yang tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Mereka yang tinggal di rumah sewa sentiasa mendapat perhatian dan sumbangan daripada pihak Kolej Komuniti.

Turut bersama dalam misi sumbangan ini ialah Ustaz Nurul Amin Abd Hamid, Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah yang juga merupakan Pegawai Khas Kanan kepada YAB Menteri Besar Kedah disamping Ustaz Habibullah Salleh, Ketua Penerangan PAS Kawasan Padang Terap.

YB menyampaikan sedikit sumbangan makanan dan wang saguhati tanda prihatin dan sokongan beliau kepada pelajar-pelajar tersebut.

YB Hj.Munir turut mengucapkan terima kasih En.Mohd Fizam Hj.Zainon, Pengarah Kolej Komuniti atas kesudian menerima kunjungan beliau dan rombongan.

“Dengan sedikit sumbangan ini kiranya dapatlah menggembirakan pelajar-pelajar ini dan memotivasikan mereka ” ujar YB di akhir kunjungan beliau.