Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kepada mereka yang terjejas pendapatan – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

12
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Masa sukar negara mengharungi pandemik Covid-19 yang dirasai oleh semua lapisan masyarakat Malaysia terutama mereka yang sedikit kekurangan daripada kita. Mereka yang turut terjejas mungkin telah melumpuhkan seluruh pendapatan keluarga dan menjurus kepada kesukaran untuk menyara keluarga.

Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa, Team Syabab Care Malaysia telah sampaikan sumbangan kepada 2 buah keluarga yang terjejas pendapatan akibat PKP 3.0 di sekitar Gombak. Sebagai ketua keluarga, mereka hilang punca rezeki untuk menyara keluarga. Mereka tidak dapat bekerja dan sekaligus menjejaskan pendapatan keluarga.

Mereka ada memohon kepada Team Syabab Care untuk bantu kerana pendapatan tidak cukup untuk perbelanjaan keluarga. Bersimpati dengan apa yang berlaku, Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN

No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :

Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor