Home Berita PAS Melaka

Pengorbanan Almarhum Haji Jaya pada PAS amat besar – Bakri Jamaluddin

64
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 28 Jun : Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin memperakukan bahawa pengorbanan dan sumbangan Almarhum Haji Jaya Muhamad kepada PAS amat besar.

“Walaupun ada dalam kalangan sahabat seangkatan beliau meninggalkan perjuangan ini tetapi istiqamahnya beliau sehingga menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan Islam sehingga dapat diwarisi oleh generasi baharu hari ini,”¬†ujar beliau dalam satu hantaran di laman Facebook beliau semalam.

Beliau dalam hantarannya itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan waris Almarhum Haji Jaya Muhamad.

“Saya sebagai YDP (Yang Dipertua) PAS Kawasan Tangga Batu dan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka turut berdukacita atas pemergian Almarhum Haji Jaya Muhamad.

Bakri Jamaluddin

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang soleh,” ujar beliau lagi.

Almarhum Haji Jaya Mohamad yang merupakan aktivis dan veteran PAS yang aktif di Cawangan PAS Bukit Katil, Kawasan Hang Tuah Jaya telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.24 petang semalam.

Isnin 28 Jun ’21 | 18 Zulkaedah 1442