Home Berita PAS Perak

Kongsi rezeki, promosi bisnes anak muda

355
SHARE

Kongsi rezeki, promosi bisnes anak muda
Oleh : Zulfahmi Ramli

TAMBUN, Jenama “Burger Rindu” dan “Air Jagung Rindu” semakin dikenali khususnya masyarakat sekitar Meru Raya yang menjadi lokasi utama jualannya bersebelahan Restoran KFC Meru Raya, Ipoh, Perak.

Perniagaan yang dimiliki oleh seorang anak muda berjiwa kental, Safizan Ezerin Ariffin atau lebih dikenali Ijan Shah kini telah memulakan cawangan ketiganya di kawasan perindustrian Chepor.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Hafez Sabri berkata demikian ketika ditemui selepas menyantuni masyarakat mengedarkan burger dan air jagung percuma kepada masyarakat setempat di gerai Burger Rindu, Chepor, Ipoh disini semalam.

“Alhamdulillah, rezeki sama dikongsi dan sama dirasa. Usaha seumpama ini wajar dibuat sebagai tanda terima kasih atas sokongan masyarakat disamping menggalakkan budaya infaq.

“Usahawan muda Muslim sangat wajar diberi sokongan sepenuhnya terhadap perniagaan yang mereka usahakan. Ini kerana bukan sahaja peluang pekerjaan dicipta malah hasil keuntungan turut dikongsi,” kata Ustaz Hafez Sabri.

Beliau yang juga Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Manjoi sempat bertanya khabar dengan masyarakat serta berharap agar semua pihak terus bersabar dalam menghadapi ujian dan cabaran ketika ini.

Turut hadir menjayakan aktiviti, Ketua PAS Zon Chepor, Ustaz Asfawani Abdullah@Ab. Wahab dan Ketua PAS Cawangan Gugusan Desa Chemor, Syahrulbahri Abd Mutalib dan pimpinan Cawangan dan Pemuda PAS Kawasan Tambun.