Ibu Ayah MB turut terima suntikan vaksin COVID-19

SIK – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus dipergiatkan dengan penambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan jumlah petugas kesihatan serta bekalan vaksin di seluruh negara. Ketika sama, jumlah yang mendaftar dan penerima diberikan suntikan semakin bertambah atas kesedaran masyarakat daripada kempen dan penerangan diadakan oleh pelbagai pihak. Menjadi contoh kepada masyarakat setempat, ibu dan ayah Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor...

‘Frontliners’ PPV merasa ‘air tangan’ Chef Saifuddin

SIK – Masakan istimewa ‘air tangan’ Duta Ayam Bismi, Chef Saifuddin Rosli menjadi menu makan tengah hari buat para petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Al-Hana, Pekan Sik, di sini hari ini. Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan para petugas Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) telah menyediakan masakan itu bersama Chef Saifuddin secara gotong-royong. Sumbang...

Program derma darah mendapat sambutan penduduk kampung

POKOK SENA – Derma darah yang sungguhpun dianjurkan di kawasan pedalaman, namun para penduduk setempat menunjukkan solidariti dengan turut serta pada kempen diadakan. Begitulah semangat ditunjukkan 32 penduduk yang hadir menawarkan diri sebagai penderma darah pada program dianjurkan julung kali di Kampung Kuala Lanjut, di sini baru-baru ini. Walaupun hanya 20 penderma yang layak, ia melepasi sasaran untuk diberikan kepada Pusat...

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kluster Tempat Kerja : Kerajaan Perlu Tegas

1. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memandang serius isu kluster tempat kerja khususnya sektor perkilangan dan perindustrian yang terus mencatatkan peningkatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun yang lalu. 2. Data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan kluster tempat kerja mengalami peningkatan 16.3 peratus dalam tempoh minggu pertama dan kedua pelaksanaan PKP. 3. Lebih parah lagi, pemerhatian...

Telaga didakwa bersejarah, penduduk harap pemuliharaan

JERAI – Kerajaan diharap dapat melakukan satu usaha penyelidikan untuk mengesah pasti sebuah telaga lama yang dipercayai penduduk mempunyai nilai sejarah di Bukit Choras, di sini. Namun, tanpa pengesahan dari pihak berwajib menyebabkan ia terbiar sepi dan diliputi semak samun dari pemeliharaan dan pemuliharaan yang patut diberikan pada binaan sepertinya. Hasrat penduduk untuk melihat satu usaha ke atasnya telah diajukan menerusi...

Warga kampus UUM terima bantuan fasa kedua dari pemuda PAS Kedah

SINTOK, 22 Jun : Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bersama beberapa NGO sekali lagi telah menyantuni warga Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini bagi menghulurkan sumbangan makanan fasa 2 kepada 100 keluarga staf UUM yang tidak dapat pulang ke kampung susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Ketua Pemuda DDPNK, Ustaz Nurul Amin Hamid telah mengetuai rombongan tersebut dan menyampaikan sumbangan...

Kenyataan Media Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan

Mesyuarat Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan yang berlangsung secara maya pada 18 Jun 2021 telah membentuk Jawatankuasa Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan seperti berikut; Ketua Pemuda : Mohammad Rashidi Bin Abd Razak (PAS) Timbalan Ketua Pemuda 1 : Mohd Safwan Bin Manoga (ARMADA) Timbalan Ketua Pemuda 2 : Adam Phaang Jing Fatt (GERAKAN) Setiausaha : Azmer Syazwan Bin Ahmad Suparmin (PAS) Penolong Setiausaha 1...

Covid-19 Melaka | Wanita 37 tahun penghidap darah tinggi kematian terbaru

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 22 Jun: Seorang wanita berumur 37 tahun dengan sejarah penyakit darah tinggi dan obesiti adalah salah seorang daripada empat mangsa kematian terbaru Covid-19 di Melaka hari ini. Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut JKNM, mangsa yang berasal daripada Mukim Merlimau dalam Daerah Jasin dan...

Skim pinjaman mikro kredit Sejahtera Covid-19 negeri Kedah 2.0

ALOR SETAR - Bermula 22 sehingga 30 Jun 2021 ini,  kerajaan negeri Kedah melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah(UPUK) menawarkan Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19  Negeri Kedah siri kedua bagi tahun 2021. Skim ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bagi mengekang penularan wabak covid 19 dan ditawarkan untuk membantu...

Panggilan tinggi punca kelewatan maklum balas PKOB

ALOR SETAR – Kelewatan maklum balas oleh Pusat Kawalan Bencana (PKOB) Kota Setar terhadap aduan awam diterima adalah disebabkan jumlah panggilan tinggi diterima setiap hari. Exco Penerangan Kerajaan Negeri, Wan Romani Wan Salim menjelaskan, mutakhir ini PKOB Kota Setar menerima 500 panggilan sehari yang dikendalikan oleh tiga petugas menanganinya. “Selepas mendapat butiran pemohon, data itu terus disaring oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat...