Home Berita PAS Selangor

Seruan sumbangan buat ibu tunggal – PAS Kawasan Petaling Jaya

11
SHARE

May be an image of text

Seruan Sumbangan Buat Ibu Tunggal Oleh Khidmat Malaysia Petaling Jaya – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya

Oleh : Umar Al-Hayawi

Petaling Jaya | Sumbangan Kebajikan yang digerakkan dari seluruh negara berkongsi cerita bahawa antara kes-kes pemberian sumbangan bantuan adalah kepada ibu tunggal yang kematian suami akibat Covid-19. Ada juga yang kematian suami dan perlu menanggung ramai anak kecil.

Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya akan memberi bantuan kepada golongan Ibu tunggal yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya juga mengajak agar kita semua sama-sama berkongsi sedikit harta kita bagi kemudahan atau bagi meringankan sedikit beban mereka yang menghadapi masa yang sangat sukar.

Kepada yang ingin memberi sumbangan kepada Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya untuk dikongsikan bersama mereka yang memerlukan boleh dibuat ke akaun berikut :-

Akaun : Ikatan Kesatuan Wanita Daerah Petaling IKWAN
No. Akaun : 564182402855
Bank : Maybank Islamic

Semoga sumbangan yang diberikan diberkati Allah SWT.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor