Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 5 keluarga – JAMK Ampang

85
SHARE

May be an image of standing

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Boleh dikatakan setiap hari Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) menerima lebih 10 permohonan dari mereka yang memerlukan. Ada yang memang benar berada dalam kesusahan dan ada yang sekadar mencuba tetapi tidak memerlukan.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) adalah satu pertubuhan bukan kerajaan yang tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan dan hanya menggunakan dana sumbangan terhad daripada orang ramai. Oleh sebab itu, JAMKA beri keutamaan kepada warganegara Malaysia yang menetap dalam kawasan Ampang sahaja.

Namun begitu terdapat beberapa warga asing terutama warga Indonesia ada menerima bantuan makanan dan ada beberapa pemohon yang menerima bantuan dari mereka walaupun menetap di kawasan Pandan, Hulu Langat, Cheras dan Gombak. Itu pun setelah JAMKA menyisasat keadaan mereka yang betul-betul memerlukan sehingga tiada sebutir beras di rumah mereka.

Penerima pertama kali ini seorang pakcik berusian 50-an yang berkerja sebagai pemandu teksi telah memohon kit bantuan makanan akibat pendapatan yang amat terjejas teruk dan harus menyara isteri dan anak-anak yang masih berlajar menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima kedua seorang abang sulung yang belum berkahwin menjaga 3 orang adik yang masih belajar. Telah kehilangan kerja di sebuah kilang dan harus membayar sewa rumah sebanyak RM550.00 sebulan di Flat Taman Mulia Jaya. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima ketiga sepasang suami isteri bersama seorang bayi berusia 4 bulan yang menyewa sebuah bilik di Taman Watan, Ampang. Si suami yang berkerja sebagai food delivery dengan pendapatan bawah RM800 sebulan. Menerima 1 kit bantuan makanan dan 1 pek pampers.

Penerima keempat seorang nenek berusia 60-an yang tinggal bersama seorang anak yang berkerja sebagai food delivery menyewa di Flat Taman Industri Lembah Jaya, Ampang. Telah mengalami kesusahan untuk berkerja kerana tempat minyak hitam motor beliau telah dimasukan pasir. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima kelima sepasang suami isteri bersama dua anak kecil menyewa di Flat Mesra Ria, Kg Ampang Campuran. Si suami yang telah kehilangan kerja sebelum ini telah memulakan kerjaya sebagai Rider Lalamove pada bulan ini. Menerima 1 kit bantuan makanan, 1 pek susu dan 1 pek pampers.

Jika ada sesiapa yang ingin membantu mereka yang memerlukan bolehlah berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun berikut :-

No Akaun: 8604427663
Nama: JAM AMPANG VENTURES
Bank: CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor