Home Berita PAS Selangor

Laporan harian program kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | KRCAMALSELANGOR bergiat dibawah PAS Kawasan Kota Raja teruskan lagi aktiviti kebajikan mereka dalam misi membantu penduduk khususnya di kawasan Kota Raja yang memerlukan akibat terjejas dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ini.

1. Pengagihan pek bantuan kecemasan lockdown berjalan seperti biasa di Pusat Operasi Bantuan Kompleks KRCAMALSELANGOR

2. Proses pembungkusan produk baru AmalMart KRCAMALSELANGOR iaitu ikan bilis Tawau. Ikan bilis kini selain untuk projek ekonomi AmalMart KRC, ia juga menjadi salah satu produk untuk sumbangan pek kecemasan lockdown.

3. Edaran 100 pek makanan siap bermasak DapurAmal yang bertempat di gerai Asnaf KRCAMALSELANGOR cawangan 1 di Jalan Kebun oleh relawan pelatih KRCAMALSELANGOR.

Perlaksanaan PKP dan Lockdown masih bersambung. Pihak kerajaan baru mengumumkan pelbagai dasar dan polisi bagi membantu rakyat khasnya. Semoga semua daya usaha yang dibuat memberikan lebih harapan dan senyuman kepada rakyat secara keseluruhannya, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor