Home Berita PAS Selangor

PEMULIH : Pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi PKP 3.0 – TPJ 3 PAS Selangor

186
SHARE

May be an image of 1 person

Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Prof Madya Dr Fuad Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor

Untuk menangani krisis pendemik COVID-19 yang entah bila penghujungnya dan kerana kes baharu masih belum turun di bawah paras 4,000 kes sehari, kerajaan telah melanjutkan PKP 3.0 yang sepatutnya berakhir semalam selama 2 minggu lagi. Adalah diharapkan selepas ini Malaysia mampu melangkah ke Fasa 2 Pelan Pemulihan COVID-19.

Memang rakyat semakin tertekan kerana peluang mencari pendapatan semakin menyempit. Namun sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan diwujudkan tanpa manifesto, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada awal PKP 3.0 telah menyediakan Pakej Bantuan dan Rangsangan Ekonomi bernilai RM40 billion mengandungi 12 inisiatif PEMERKASAplus (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan) bagi menangani krisis COVID19. Pakej ini adalah pakej tambahan kepada program negara sejak pendemik COVID19 melanda negara. Keseluruhan pakej rangsangan yang telah diluluskan berjumlah RM340 billion.

Semalam pula Perdana Menteri telah mengumumkan pakej PEMULIH berjumlah RM150 billion yang tertumpu kepada 3 fokus utama dengan mengekalkan 2 fokus pakej PEMERKASA iaitu:
1) Meneruskan agenda prihatin rakyat
2) Menyokong perniagaan, dan
3) Meningkatkan vaksinasi (Pakej PEMERKASA ialah Mempertingkat Kapasiti Kesihatan Awam).

Fokus ketiga ini ditumpukan kepada memberi vaksin kepada rakyat untuk menyegerakan kewujudan imuniti kelompok (herd immunity) untuk membolehkan negara segera kembali kepada keadaan asal sebelum berlakunya pendamik COVID-19.

Ini menunjukkan betapa kerajaan begitu komited untuk memastikan rakyat dalam semua kelompok akan terus terbela. Malah pakej kali ini lebih menyeluruh di mana golongan M40 juga menerima sebahagian daripada pakej yang disediakan.

Kerajaan PN mendengar rintihan rakyat dan sentiasa berusaha memastikan rakyat hidup terbela.

Antara inisiatif yang disediakan ialah:
• Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bernilai RM10 billion (untuk manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah B40 dan M40, warga emas dan orang bujang) yang masing-masing akan menerima bantuan antara RM100 – RM1,500 untuk tempoh Ogos hingga Disember.
• Antara yang menarik perhatian bantuan BPR tambahan seperti berikut:
 Tambahan RM1500 : Isi rumah kategori miskin tegar
 Tambahan RM500 : Kategori bujang miskin tegar
 Tambahan RM800 : Isi rumah kategori B40
 Tambahan RM250 : Isi rumah kategori M40
 Tambahan RM200 : Kategori bujang B40, dan
 Tambahan RM100 : Kategori bujang M40
• Bantuan Kehilangan Pekerjaan kepada pekerja kilang yang hilang pendapatan
• MORATORIUM 6 bulan kepada semua peminjam individu (golongan B40, M40 dan T20 serta usahawan mikro). Ini dijangka melegakan hampir 8 juta peminjam
• Elaun mencari pekerjaan RM300
• Tambahan RM300,000 untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada semua ahli parlimen
• Pengekalan harga runcit RON95, diesel, LPG
• Pengawalan harga minyak masak RM30/botol
• Subsidi pek polibeg minyak masak 1kg dikekalkan pada RM2.50
• Diskaun bil elektrik antara 5-40% had maksimum 900KWJ sebulan (RM346 juta)
• Pemberian 1GB data harian Internet secara percuma sehingga 31 Disember

BKC merupakan bantuan tunai terbaru yang diperkenalkan dalam pakej PEMULIH.

Selain dari itu kerajaan juga membenarkan pengeluaran KWSP melalui i-Citra sehingga RM5,000. Kemudahan ini dijangka akan memanfaatkan sektor ekonomi dengan jumlah pengeluaran dijangka sebanyak RM30 billion.

Lebih menggembirakan lagi ialah program moratorium meluas yang diumumkan semalam akan melegakan lebih 8 juta peminjam termasuk mereka dalam kategori B40 dan T20 kerana sebahagian besar daripada mereka adalah dalam kalangan yang terjejas teruk akibat Pendemik ini kerana pengurangan gaji atau kehilangan pekerjaan.

Adalah diharapkan seluruh lapisan rakyat termasuk kalangan pembangkang akan bersama-sama menjayakan progam ini sehingga negara berjaya keluar dari bencana COVID19.

Ahli Parlimen pembangkang juga mendapat manfaat apabila kerajaan mengumumkan bantuan Bakul Makanan berjumlah RM300,000 kepada setiap ahli parlimen. Adalah diharapkan ahli-ahli parlimen pembangkang dan yang bersama pembangkang dapat mengurangkan polemik berpolitik sepanjang masa tetapi sebaliknya menumpukan uasaha untuk melandaikan keluk COVID-19 dengan berusaha memujuk rakyat untuk mengambil vaksin yang disediakan secara percuma oleh kerajaan PN.

Rakyat dari semua agama dan fahaman politik perlu sama-sama berdoa agar negara kita segera dibebaskan daripada pendemik ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dan semua yang terlibat dalam perancangan pakej rangsangan ini kerana ia bukan suatu yang mudah untuk dirancang dan direalisasikan.

Tiada manifesto, tiada janji, namun rakyat mesti diladeni. Itulah Kerajaan Prihatin Rakyat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor