Home Kenyataan Media PAS Kedah

Ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Rizuan Rahmat

292
SHARE

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎,

Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita akan dikembalikan.

Mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, saya ingin  menzahirkan rasa dukacita serta ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Rizuan Rahmat (Ustaz Dwen) atas pemergian Almarhum kembali ke Rahmatullah hari ini.
Sesungguhnya jasa Almarhum amat besar dalam mengembangkan dakwah Islamiyyah dan merupakan kehilangan besar kepada perjuangan PAS di negeri Selangor.
Kami bersaksi Ya Allah bahawa Almarhum adalah insan yang soleh, komited dan bersungguh-sungguh untuk menegakkan AgamaMu di bumi ini.
Kami semua mendoakan agar rohnya tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan dari Allah SWT.
Salam Takziah,
YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
29 Jun 2021
18 Zulkaedah 1442H