Home Berita PAS Selangor

DHPP Kota Raja teruskan aktiviti kebajikan – Ketua DHPP Kota Raja

10
SHARE

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kota Raja | Aktiviti kebajikan dan menyampaikan sumbangan kepada masyarakat yang terkesan diteruskan bagi memastikan tidak ada yang tercicir dikalangan masyarakat setempat.

Ketua DHPP Kota Raja Cikgu Rajan Manikesavan ketika dihubungi memaklumkan pelbagai kisah dan latar belakang cerita yang dikongsikan dalam melaksanakan aktiviti turun santuni masyarakat dan kerja-kerja kebajikan.

Apabila mendekati golongan yang terkesan ini, hanya mampu melihat dengan penuh simpati. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

DHPP Kota Raja kali ini menyantuni mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Taman Sentosa, Bukit Tinggi dan Kampung Jawa. Rata-rata yang menerima sumbangan amat berbesar hati dan berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh DHPP mewakili PAS Kawasan Kota Raja.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor