Home Berita PAS Selangor

Kerajaan PH Selangor punca kes Covid meningkat? – Setiausaha BPPN Selangor

145
SHARE

May be an image of 5 people and text that says "PERUNTUKAN RM400 JUTA UNTUK GEMPUR COVID-19 4 SELANGOR TASK FORCE COVID-19 DATO SERI DZULKEFLY AHMAD YB sm MARIAH MAHMUD DATO' DR. FADZILAH KAMALUDIN DATUK DR. CHRISTOPHER LEE KWOK CHOONG DR. YAP WEI AUN DATO PROF. DR. ADEEBA KAMARULZAMAN DR HELMI ZAKARIAH AKHIRNYA APA RAKYAT SELANGOR DAPAT? DAPAT APP SELANGKAH LEPASTU FITNAH KERAJAAN GAGAL JE KE? SUDAHNYA RAKYAT JADI MANGSA!!!"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Angka kes baru positif Covid 19 semalam adalah 5,218 kes seluruh negara. Dari jumlah itu 1,989 sahaja adalah dari negeri Selangor ataupun bersamaan 38.11 peratus.

Apa masalahnya di Selangor sebenarnya? Apa masalah kerajaan negeri yang diurus PH?

EXCO Kesihatan Negeri Dr Siti Mariah (PAN) mendakwa kononnya negeri itu tidak menerima dos vaksin yang cukup lantas membantutkan program vaksinasi di negeri berkenaan. Kata Dr Mariah akibat tidak cukup bekalan mungkin beberapa PPV di Srlangor terpaksa ditutup.

Benarkah begitu? Adakah munasabah disaat kritikal sebegini kerajaan Persekutuan mahu bermain politik dengan mencatu dan menghadkan bekalan vaksin sedangkan jumlah kes terbesar adalah di Selangor?

Atau mungkinkah sekali lagi PH mahu main silap mata menuding jari dan menyalahkan orang lain sedangkan hakikatnya merekalah yang lemah dan gagal. Kerajaan gagal.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Selangor sebenarnya belum menggunakan sepenuhnya bekalan vaksin yang dibekalkan Putrajaya kepada negeri itu,

Tambah KJ setakat 27 Jun 2021 Selangor telah menerima 1,367,306 dos vaksin dan dari jumpah itu 322,606 masih berbaki dan tidak digunakan!

Kata KJ lagi kadar penggunaan vaksin di Selangor adalah antara yang terendah dalam negara iaitu hanya 76% sedangkan Melaka telah capai 94% dan Terengganu serta Negeri Sembilan telah capai 92%.

Menurut KJ lagi: “Saya minta Selangor cepatkan kadar penggunaan vaksin, jadi tuduhan vaksin tidak dihantar tidak betul”.

Masalahnya menurut MB Selangor dalam mesyuarat dengan KJ kerajaan Selangor cuma punya kapasiti menyuntik 40,000 penerima sehari tetapi Dr Mariah dakwa boleh suntik 80,000 sehari. EXCO Kesihatan dimana semasa mesyuarat itu?

Siapa yang tidak cekap, lemah dan gagal sebenarnya?

Bagaimana angka jangkitan di Selangor mahu diturunkan jika beginilah sikap kerajaan negerinya. Mungkin Dr Mariah lebih baik kibarkan sahaja bendera putih, mengaku gagal dan tidak mudah menuduh pihak lain.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor