Senyuman yang kabur dipulihkan dengan sedikit manisan – PAS Kawasan Gombak

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak Oleh : Umar Al-Hayawi Gombak | Lajnah Kebajikan PAS Gombak melalui NGO Maaruf Care meneruskan lagi usaha mereka dengan istiqamah dalam misi membantu dan membela setiap insan yang kurang bernasib baik khususnya di Gombak. Mereka ini sentiasa mengambil cakna dengan apa yang berlaku di kawasan kejiranan. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud...

Syabab Care bela nasib keluarga warga emas yang terjejas – Naib KP PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Oleh : Umar Al-Hayawi Gombak | Sebagai sebuah pertubuhan kebajikan, setiap insan yang kurang bernasib baik adalah harus dibela tanpa mengira latarbelakang mereka termasuk kaum, bangsa, agama dan fahaman politik. Tambahan pula, sekarang ini adalah masa sukar seluruh negara menghadapi penagan wabak Covid-19 yang telah mengubah segala norma kita yang...

Laporan harian aktiviti kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor - PAS Kawasan Kota Raja Oleh : Umar Al-Hayawi Kota Raja | PAS Kawasan Kota Raja dengan tenaga kebajikan NGO KRCAMAL SELANGOR meneruskan lagi aktiviti-aktiviti mereka dalam misi menyokong dan membantu sesiapa sahaj yang memerlukan bantuan. 1. Aktiviti mereka bermula dengan sumbangan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. KRCAMALSELANGOR bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor telah turun...

Khidmat Malaysia Klang raikan gelandangan sekitar Klang – PAS Kawasan Klang

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin Klang | Menurut wikipedia.org, gelandangan merupakan seseorang, sering kali papa kedana, yang mengembara dari tempat ke tempat tanpa rumah atau pekerjaan atau pendapatan tetap. Gelandangan boleh digambarkan sebagai "seseorang tanpa kerja tetap yang merayau dari tempat ke tempat dan hidup dengan mengemis". Pada hari ini, Khidmat...

Frontliners terus tabah melayan pekerja asing disaring – Pengarah JAMN Selangor

"Beramal Kerana Allah" | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, "keseluruhannya Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 700,943 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan COVID-19 membabitkan 36,445 majikan". Daripada jumlah itu, seramai 10,411 orang disahkan positif COVID-19. Manakala di CAC Stadium Melawati, pihak...

PAS DUN Manjoi dan Persatuan Penduduk hulur sumbangan makanan asasi

Oleh: Haikal Mohd Noh TAMBUN, Pusat Khidmat PAS Dun Manjoi dengan kerjasama Persatuan Penduduk Halaman Meru Damai menghulurkan sumbangan barang asas makanan harian kepada 26 buah keluarga yang terkesan pendapatan akibat daripada pandemik Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) semalam. Penyelia pusat khidmat berkenaan, Ustaz Mohd Hafez Sabri yang mengetuai penyampaian sumbangan itu berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu meringankan kesusahan rakyat...

Catatan dinihari PJ PAS Melaka | PAS bukan ‘pak turut’

Sabtu | 12.30 am | 17 Jul '21 | 7 Zulhijjah 1442 PAS berada dalam kerajaan Persekutuan bukan pertama kali. Pada tahun 1973 hingga 1977 pernah bersama dalam kerajaan PERIKATAN dan Barisan Nasional (BN) selama hampir satu penggal. Setelah 43 tahun berlalu, kini pada tahun 2020 sekali lagi PAS berada dalam kerajaan Persekutuan tetapi bersama Perikatan Nasional (PN). Orang tertanya-tanya PAS boleh...

Jihad amar makruf nahi mungkar tuntutan besar

ARAU, 17 Julai: Jihad amar makruf nahi mungkar merupakan tuntutan terbesar yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam, khasnya para pendukung perjuangan Islam.

PAS tidak tinggal dasar perjuangan

ARAU, 17 Julai: PAS tidak pernah meninggalkan dasar perjuangannya meskipun kini berada di dalam kerajaan.

Penduduk Kampung Bechah Kelubi terima bakul makanan

CHETOK, 16 Jul: Penduduk Kampung Bechah Kelubi, Chetok telah menerima sumbangan bakul makanan yang diagihkan oleh Pusat Khidmat DUN Chetok hari ini. Sumbangan yang diberikan kepada para penerima yang terkesan akibat tempoh perlaksanaan pkp 3.0 tersebut disampaikan oleh Penghulu Abd Rahim Yahya mewakili Pusat Khidmat DUN Chetok. Sumbangan ini merupakan di bawah Program Bantuan Covid-19, PEMULIH. Ucapan...