Home Berita PAS Selangor

Syabab Care bela nasib keluarga warga emas yang terjejas – Naib KP PAS Selangor

10
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Sebagai sebuah pertubuhan kebajikan, setiap insan yang kurang bernasib baik adalah harus dibela tanpa mengira latarbelakang mereka termasuk kaum, bangsa, agama dan fahaman politik. Tambahan pula, sekarang ini adalah masa sukar seluruh negara menghadapi penagan wabak Covid-19 yang telah mengubah segala norma kita yang asal.

Syabab Care Malaysia diwakili Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar menyatakan, Team Syabab Care Malaysia telah menyampaikan sumbangan kepada 3 buah keluarga warga emas yang terputus sumber pendapatan akibat PKP kali ini.

Menurut beliau, keluarga-keluarga tersebut ada berhubung dengan pihak Team Syabab Care untuk bantuan kerana pendapatan tidak cukup untuk perbelanjaan keluarga. Bersimpati dengan apa yang berlaku, Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor