Home Berita PAS Kelantan

Penduduk Kampung Bechah Kelubi terima bakul makanan

14
SHARE
CHETOK, 16 Jul: Penduduk Kampung Bechah Kelubi, Chetok telah menerima sumbangan bakul makanan yang diagihkan oleh Pusat Khidmat DUN Chetok hari ini. Sumbangan yang diberikan kepada para penerima yang terkesan akibat tempoh perlaksanaan pkp 3.0 tersebut disampaikan oleh Penghulu Abd Rahim Yahya mewakili Pusat Khidmat DUN Chetok.
Sumbangan ini merupakan di bawah Program Bantuan Covid-19, PEMULIH. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato HajjahSiti Zailah Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang yang telah menyalurkan sumbangan ini kepada DUN Chetok.