Home Berita PAS Selangor

Senyuman yang kabur dipulihkan dengan sedikit manisan – PAS Kawasan Gombak

12
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Lajnah Kebajikan PAS Gombak melalui NGO Maaruf Care meneruskan lagi usaha mereka dengan istiqamah dalam misi membantu dan membela setiap insan yang kurang bernasib baik khususnya di Gombak. Mereka ini sentiasa mengambil cakna dengan apa yang berlaku di kawasan kejiranan.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud ;

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Tidak berakhir dengan PKP, kini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula sedang dilaksanakan berikutan mengawal penularan wabak Covid-19 yang kini meningkat dengan sangat mendadak, dan ia turut sangat memberi kesan yang mendalam kepada rakyat.

Sukarelawan Maaruf Care seperti biasa telah turun menyantuni keluarga fakir miskin dan yatim disekitar Kampung Sungai Pusu dan Kampung Changkat dengan menyampaikan beberapa juadah berbentuk RotiGebu UstazRoti, KaripapDonutNik dan sedikit manisan, bagi mengembalikan semula keceriaan mereka yang telah kabur dalam kesusahan mengharungi situasi pandemik Covid-19.

Lajnah Kebajikan PAS Gombak mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan Maaruf Care, Pn Khadijah Mahmud ( Mak Jah) dan Pn Masyitah (Kak Mas) yang sedia turun kelapangan untuk membantu tanpa mengira masa.

Semoga segala usaha murni ini dinilai dengan sebiknya disis Allah SWT dan juga semoga sedikit pemberian ini dapat megukir semula senyuman dibibir penerima yang telah tenggelam di lubuk kesusahan.

Teruskan menyumbang seikhlasnya untuk Ma’ruf Care di :-

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. akaun : 1222 5010 0134 88

Akaun : MaarufCARE

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor