Home Rencana PAS Melaka

Catatan dinihari PJ PAS Melaka | PAS bukan ‘pak turut’

55
SHARE

Sabtu | 12.30 am | 17 Jul ’21 | 7 Zulhijjah 1442

PAS berada dalam kerajaan Persekutuan bukan pertama kali. Pada tahun 1973 hingga 1977 pernah bersama dalam kerajaan PERIKATAN dan Barisan Nasional (BN) selama hampir satu penggal.

Setelah 43 tahun berlalu, kini pada tahun 2020 sekali lagi PAS berada dalam kerajaan Persekutuan tetapi bersama Perikatan Nasional (PN).

Orang tertanya-tanya PAS boleh buat apa duduk dalam kerajaan sedangkan PAS tidak punyai kuasa dominan?

Saya nasihatkan kepada jenis spesis macam ini, cuba lihat peranan PAS dengan mata hati bukan dengan mata kasar sahaja.

PAS tidak suka jaja ke sana ke mari bagi tahu apa yang kami dah buat.Takut jadi macam kata peribahasa ‘masuk bakul angkat sendiri’.

Biarlah rakyat yang celik mata hati menilai dengan jujur. Kita nak tulis belasungkawa pun tunggu seseorang itu mati dulu.

Saya pun tak minat nak tulis dulu apa yang saya sudah buat sebagai Penasihat Agama YAB Ketua Menteri Melaka.

Satu lagi ada orang kata PAS jadi ‘pak turut’ saja. Ingin saya maklumkan di sini PAS bukan jenis ‘lembu dicucuk hidung’. Ada perkara yang kita tak setuju kita akan bantah dan tegur. Tapi tidaklah berguling atas jalan. Itu pembangkang macam PH sesuailah.

PAS sebuah parti yang ada idealismenya yang tersendiri, sebagai ‘check and balance’.

Dulu zaman kerajaan PERIKATAN budaya barat masih lagi menebal. Di Parlimen ada ruang minum arak dan menari. PAS bantah, akhirnya dihapuskan.

Baru-baru ini PAS Pusat buat kenyataan membantah keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima pelajar lulusan UEC untuk masuk ke IPG sebab berlawanan dengan dasar pendidikan serta bakal hilang jati diri roh negara bangsa.

PAS bukan macam parti-parti komponen zaman BN, bukan juga macam komponen kerajaan PH dulu.

Hidup berbakti, mati biar bermaruah…
Selamat malam..

DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka