Home Berita PAS Selangor

Laporan harian aktiviti kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

10
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor – PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | PAS Kawasan Kota Raja dengan tenaga kebajikan NGO KRCAMAL SELANGOR meneruskan lagi aktiviti-aktiviti mereka dalam misi menyokong dan membantu sesiapa sahaj yang memerlukan bantuan.

1. Aktiviti mereka bermula dengan sumbangan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. KRCAMALSELANGOR bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor telah turun ke HTAR bagi menyampaikan sumbangan secara berterusan kepada para frontliners di sana.

Sumbangan yang diberikan berupa set makan tengahari dan 100 karton air mineral. Sokongan dan dokongan kepada barisan hadapan negara yang kini sibuk dengan tanggungjawab yang sangat besar dalam memikul amanah negara demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya terutama di daerah Klang.

Tambahan maklumat, HTAR terutamanya di bangunan lama, kini sepenuhnya menjadi Wad Covid-19 kecuali sebuah wad biasa. Ratusan pesakit positif virus Covid-19 kini menghuni wad sementara tersebut. Kompleks Klinik Harian dan Asrama Doktor Pelatih turut menjadi pusat rawatan pesakit Covid.

Peralatan untuk rawatan dan kesihatan selain bantuan-bantuan lain sangat diperlukan. Menurut laporan, beberapa hari lepas Yayasan Amal Malaysia bersama PAPISMA Negeri Selangor telah menghantar 12 set ‘Oxigen Consentrator’ berkuasa tinggi ke HTAR.

2. Mereka meneruskan penyerahan sumbangan kepada Hospital Shah Alam. Sumbangan yang berbentuk pek makan malam dan 10 dozen air mineral telah diserahkan.

“InsyaAllah KRCAMALSELANGOR akan menghantar lagi sumbangan dalam masa terdekat kepada HTAR dan HSA terutamanya”, nyata mereka.

Sila hubungi Hotline KRCAMALSELANGOR di talian :-
011 5309 2056

“Marilah bersama-sama kami meneruskan usaha murni ini”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor