Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Klang raikan gelandangan sekitar Klang – PAS Kawasan Klang

16
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | Menurut wikipedia.org, gelandangan merupakan seseorang, sering kali papa kedana, yang mengembara dari tempat ke tempat tanpa rumah atau pekerjaan atau pendapatan tetap. Gelandangan boleh digambarkan sebagai “seseorang tanpa kerja tetap yang merayau dari tempat ke tempat dan hidup dengan mengemis”.

Pada hari ini, Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi,Yayasan Amal dan Warung Makan Sahabat meneruskan kerja-kerja kebajikan meraikan golongan gelandangan di sekitar kawasan Klang.

Penyelaras Khidmat Malaysia Klang, Ustaz Khalid Nayan yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Klang berterima kasih kepada NGO-NGO yang turut serta dalam program seperti ini.

Lebih kurang 100 gelandangan atau rakan jalanan dibantu dengan pemberian makanan yang telah siap dimasak dan peralatan mandian. Program kebajikan ini mensasarkan mereka di sekitar Bandar Klang dan Pelabuhan Klang yang bermula 5.30 petang dan berakhir sekitar 8.00 malam.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor