Home Rencana PAS Selangor

Frontliners terus tabah melayan pekerja asing disaring – Pengarah JAMN Selangor

29
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, “keseluruhannya Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 700,943 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan COVID-19 membabitkan 36,445 majikan”. Daripada jumlah itu, seramai 10,411 orang disahkan positif COVID-19.

Manakala di CAC Stadium Melawati, pihak Khidmat Malaysia Negeri Selangor dimaklumkan Pertugas sukarelawan mereka dan VCEE19 dibawah ABC-19 NADMA di luar stadium terus tabah melayan karenah pekerja warga asing ini apabila mereka wajib mendaftar di applikasi Selangkah namun tidak faham bahasa Malaysia malah ada yang tidak faham bagaimana mengunakan applikasi tersebut.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Ia tidak dapat dielakan apabila proses di semua CAC Selangor memerlukan mereka yang membuat saringan perlu mengisi maklumat di dalam applikasi tersebut bagi memudahkan pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan kerajaan Negeri Selangor menjalani proses saringan dan kawalan kontak rapat.

Dari jumlah 700 ribu itu jika lebih separuh saringan di Selangor maka kita boleh memahami bagaimana jumlah masa pertugas kita perlu diambil melayan perkara ini sahaja. Namun kami difahamkan apabila seorang pekerja asing sudah paham mereka akan bantu rakan-rakan mereka yang lain dan ada juga wakil daripada pihak majikan juga membantu mereka.

Ketabahan dan keletihan barisan hadapan KKM di stadium melawati terus mendapat perhatian rakyat apabila video dan gambar tugasan mereka ditular sebagai tanda sokongan kepada mereka untuk terus bertahan membantu negara menghadapi peperangan melawan wabak Covid-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor