Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Tengku Kudin meninggal dunia

1863
SHARE


25 Mei 1909 (SELASA)

PADA hari ini dalam tahun 1909, Tengku Dziauddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Halim Shah atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin telah meninggal dunia di Tanjung Kelawai, Pulau Pinang.

Tengku Kudin yang berpendidikan Inggeris ini adalah adinda kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Negeri Kedah.

Dalam tahun 1867, Tengku Kudin telah berkahwin dengan puteri Sultan Abdul Samad dari Selangor dan telah menetap di Langat.

Tengku Kudin (Kredit foto : Google)

Berikutan itu Tengku Kudin telah dilantik sebagai wakil mutlak Sultan Abdul Samad untuk memerintah dan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan.

Keadaan ini telah menimbulkan ketidakpuasaan hati dalam kalangan pembesar hingga membawa kepada Perang Kelang pada 1869.

Ketika menghadapi peperangan ini Tengku Kudin telah meminta bantuan daripada Gabenor Negeri-negeri Selat.

Pada 22 Disember 1873, Tengku Kudin telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat meminta seorang Residen bagi Kelang dan Selangor.

Akhirnya pada 18 Jun1874, Sir Frank Swettenham telah dilantik sebagai Penolong Residen Selangor dengan itu bermulalah campur tangan secara langsung Inggeris di Selangor.

Tengku Kudin juga adalah orang yang pertama daripada kalangan pembesar-pembesar Melayu yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan pentadbiran British di negeri Selangor apabila ia telah dilantik sebagai Presiden pertama bagi Majlis Mesyuarat negeri Selangor pada 18 April 1877.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

 


AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .