Home Berita PAS Perlis

Guru PASTI Arau terima sumbangan sempena Aidilfitri

54
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 24 Mac: Seramai 75 orang guru PASTI Kawasan Arau telah menerima sumbangan sempena Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Solahudin Azmi dan naqibah PASTI Kawasan Arau, Ustazah Nor Seri Osman.

Mereka menerima sumbangan berupa wang tunai dan kuih raya pada majlis yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kampung Sentua, di sini.

Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abd Hadi Halipah yang ditemui berkata, majlis berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para guru PASTI yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan mereka.

“Walaupun nilainya (sumbangan) tidak seberapa, namun jasa dan pengorbanan para guru tetap kami hargai dan semoga Syawal yang tiba nanti disambut dengan penuh kegembiraan oleh para guru,” katanya.